Jumaat, 24 Julai 2009

Kisah Arnab Dan Kura-Kura

Suatu masa yang dahulu, Sang Arnab dan Sang Kura-kura saling mencabar satu sama lain tentang siapa yang terpantas dan akhirnya mereka bersetuju untuk mengadakan perlumbaan. Perlumbaan ini akan menentukan siapa lebih pantas. Sesiapa yang sampai lebih awal di garisan penamat yang dipersetujui dikira sebagai pemenang.

Perlumbaan pun bermula. Sang Arnab memecut pantas. Di separuh jalan, dia memandang ke belakang dan melihat Sang Kura-kura masih jauh. Jadi Sang Arnab pun berehat dibawah pokok dan tertidur.

Sang Kura-kura secara perlahan dan konsisten memotong Sang Arnab dan muncul sebagai juara perlumbaan tersebut. Sang Arnab terjaga dan menyesali apa yang terjadi.

Pengajaran : Perlahan-lahan dan konsisten membawa kejayaan.

(Biasanya cerita ini akan berakhir disini, tetapi kali ini cerita ini bersambung...)

Sang Arnab kecewa dengan kekalahan ini. Sang Arnab membuat kajian untuk mengkaji sebab-sebab kekalahannya kepada Sang Kura-kura. Sang Arnab mendapat jawapan bahawa dirinya terlalu berkeyakinan tinggi, tidak berhati-hati dan terlalu sambil lewa.

Jika dia menyelesaikan ketiga-tiga masalah tadi, adalah mustahil dia akan kalah. Jadi Sang Arnab mengajak Sang Kura-kura untuk mengadakan perlawanan kedua. Sang Kura-kura bersetuju.

Kali ini Sang Arnab memecut dari garisan permulaan sehingga garisan penamat. Dia memenangi pertandingan dengan meninggalkan Sang Kura-kura jauh ketinggalan di belakang.

Pengajaran : Pantas dan konsisten dapat menewaskan perlahan-lahan dan konsisten.

Jika dalam syarikat anda, terdapat seorang pekerja yang lambat dan konsisten dan seorang lagi pantas dan konsisten. Sudah tentu, individu yang pantas dan konsisten akan menjadi pilihan kita.

Lambat dan konsisten adalah baik tetapi pantas dan konsisten adalah lebih baik.

Cerita ini bersambung lagi. Kali ini Sang kura-kura pula memikirkan strategi untuk menang. Sang Kura-kura menyedari bahawa jika format pertandingan seperti sedia ada, adalah mustahil bagi Sang Kura-kura untuk menang. Strategi terbaik adalah mengubah format perlumbaan.

Setelah berfikir panjang. Sang Kura-kura mencabar Sang Arnab untuk perlumbaan ketiga. Kali ini dengan laluan yang dikemukakan oleh Sang Kura-kura adalah sedikit berbeza dari laluan asal. Sang Arnab bersetuju.

Perlumbaan dimulakan. Berbekalkan komitmen yang ada, Sang Arnab memecut pantas dan terhenti di sebuah sungai yang besar. Garisan penamat adalah beberapa kilometer diseberang dari sungai ini. Sang Arnab tidak tahu berenang.

Sang Arnab berhenti di tebing sungai dan memikirkan tentang apa yang patut dilakukan sekarang. Pada masa yang sama pula, Sang Kura-kura berjalan perlahan-lahan, setibanya di sungai, dia berenang ke seberang dan kemudiannya berjalan semula sehingga tiba di garisan penamat. Sang Kura-kura menang.

Pengajaran : Kenalpasti kelebihan diri anda, cebur dalam bidang yang anda mempunyai kelebihan.

Jika anda tidak mahir dan tidak berminat dalam bidang membuat kiraan stok. Tinggalkan bidang itu dan cari orang yang mahir dalam bidang tersebut. Jika anda minat dalam bidang pemasaran. Cebur bidang tersebut dengan sepenuh hati. Tetapkan laluan perlumbaan anda berdasarkan kelebihan dan minat yang anda miliki.


Kisah ini belum berakhir....

Setelah 3 kali perlumbaan. Sang Arnab dan Sang Kura-kura telah menjadi rakan karib. Mereka berbincang bersama. Mereka mendapat idea baru tentang cara meningkatkan kepantasan perlumbaan mereka.

Mereka bersetuju untuk berlumba, tetapi bukan sebagai pesaing tetapi sebagai satu pasukan.

Perlumbaan dimulakan.

Sang Arnab mendukung Sang Kura-kura dibelakangnya dan memecut pantas sehingga ke sungai yang besar. Setibanya di sungai, Sang Arnab pula berada di atas Sang Kura-kura yang sedang berenang. Setibanya di seberang sungai, mereka bertukar posisi sekali lagi dan sampai ke garisan penamat dengan jayanya.

Mereka merasa lebih puas dan berjaya berbanding apa yang mereka telah lalui sebelum ini.

Pengajaran : Walau sehebat mana pun seseorang individu, pasti terdapat bidang yang individu ini lemah dan orang lain lebih baik berbandingnya. Oleh yang demikian, adalah bagus kita bekerja dalam satu kumpulan dengan menggunakan kelebihan yang ada pada setiap orang.

di petik dari: www.shahabudeenjalil.com

Dicatat Oleh: FooArt

Jumaat, 17 Julai 2009

Memang tak beranak daa..


Arnab aku yang dikatakan nak beranak tu, memang tak beranak daa..saja dia cabut bulu ari tu. dia kena false pregnancy la tu...maybe sbb dia pun rasa nak ada anak kot sbb kawan dia dah ada anak. dia je belum ada anak. tu yang jadi false pregnancy. hehehehe. sekarang ni arnab tu dah diasingkan dr jantan. 10hb yang lalu saja la aku lepaskan arnab tersebut ngan jantan bulu kembang tu. konon2 nak matekan diorang la. nampaknya macam berhasil jugak matekan diorang. tapi x tau la kali ni nak bunting ke dak. tapi, aku perasan, arnab betina tu makin garang la. nak letak makanan dalam bekas dia pun, dia asyik nak terkam tangan aku je. dahla kukunya tajam n keras. sekali kena, sakit oooo....kenapa dia berubah perangai hah? sj kot. maybe dia rs terancam kot. Atau maybe dia bunting. tapi, tgkla mcm mn. x tau nak agakla. kalau ada rezeki, dptla anak arnab lagi....hehehe....

Dicatat Oleh: Nawwar

Rabu, 15 Julai 2009

Rumah Dah Siap

Tada... ini la rumah teres setingkat 3 bilik tu.. actually rumah arnab ni dah siap seminggu lebih dah.. ni baru upload dlm blog nih.. hehehe.. rumah ni dah dipindahkan ke tapak sementara sebab tapak asal tgh upgrade, bubuh simen.. nanti senang la nak cuci.. Ok, ini antara ciri-ciri spesel yang ada kat umah ni. Klik gambar kalau nak tgk lebih besar...
Selak boleh kunci (untuk keselamatan...)
Pintu bukak ke atas, senang nak sangkut nipple air...

Lantai boleh tanggal untuk memudahkan kerja-kerja membasuh. Menggunakan dawai yang di salut plastik.tapi x tahan lama. arnab ni suka menggigit.. mmg tak tahu diuntung betul la arnab2 nih... org bubuh nak bagi dia selesa, dia gigit plak.. huhuhu.

Gelungsur najis menggunakan tikar getah yang aku pau dari cina perabot kat Tanah Merah. tapi problem plak disebabkan tikar ni dia lembik, air kencing ngan air minum yang tumpah asyik bertakung je kat tengah.. kena lapik papan kat bawah baru ok kot.

Palung plastik yang berharga 5 ringgit sekaki. habis 70 ringgit beli palung ni saja.. huhhuhu..

Dawai bahagian dalam sel dikepit dengan kayu bagi meminimumkan risiko kecederaan pada arnab.. bab kepit-kepit ni la yang meningkatkan kos.. huhuhu..

Ok, keseluruhannya satu sangkar ni menelan belanja lebih 200 ringgit untuk disiapkan x termasuk nipple air, tikar getah (sebab dapat free), dan bekas makanan.. mahal? mmg mahal... apa yang penting, kejesame... heheh. bukan, yang penting, arnab selesa... huhuhu.

Dicatat Oleh: FooArt

Selasa, 14 Julai 2009

Dah Makan Pellet....


Beberapa hari lalu Abu dah mati. Sekarang ni tinggal Upin ngan Ipin ja. Diorang ni aktif dah sekarang. Dah melompat sana sini. Yang paling bestnya diorang dah mula makan pellet. sampai masa makan tu diorang blh masuk dalam bekas makanan diorang. agaknya sedap sangat kot pellet tu...Ikut kata Iceburn, pellet yang aku bagi ni ialah pellet cap ikan. pellet ni agaknya sedap kot. kdg2 cepat betul stok makanan diorang abis. Upin ngan Ipin jugak dah pandai minum air dari botol yang diletakkan paipnya. mcm ibunya minum. kebanyakan anak2 arnab x reti nak minum dari botol. tapi upin ngan ipin ni dah pandai walaupun baru berusia 25 hari. agaknya diorang dok tgk ibu diorang minum kot. tu yang diorang pandai minum dari botol. takpala, senang la nanti....walaupun diorang dah makan pellet, tapi, diorang still menyusu. belum cerai susu lagi....

Catatan Oleh: Nawwar

Jumaat, 10 Julai 2009

In Memory - Abu

Nama: Abu
Warna: Kelabu
Tarikh lahir: 19.06.2009
Tarikh mati: 9.07.2009
Sebab mati: maybe kughang bitamin c....

Abu ni yang paling kurus di kalangan adik beradik dia yg lain. Mungkin dia yang bongsu. Dulu masa dia umo dlm 6-7 hari dia penah jatuh dari sangkar ibu. Nasib baik x kena makan ngan kucing. Dia jugak selalu terkeluar dari kotak.. yang herannya kepala dia kat tgh2 xde bulu. botak je.. nak kata kena gigit xde luka pun. x tau la sbb apa dia botak. Abu jugak suka tido terlentang sampai keempat-empat kaki dia ke atas. tapi masa dia mati, dia tido mengiring.. nasib baik x mati terlentang.. hehehe.. Apa yang pasti, dia mmg berbeza dgn adik beradik dia yg lain baik dari segi kaler, saiz, tingkahlaku, cara tido dan apa-apa je la.. cukup 20 hari, dia mati. tinggallah 2 ekor lagi, Upin ngan Ipin...


Dicatat Oleh: FooArt

Rabu, 8 Julai 2009

Tak Beranak Lagi....



Hari ni aku perasan taik arnab aku yang dah cabut bulu ari tu jadi kecik2, berangkai and lembik. Selalunya taik mcm ni merupakan tanda arnab tu nak beranak. Tapi dah nak dekat seminggu belum beranak pun lagi. Bila pegang kat perut dia, tak reti nak rasa la pulak. Ntahla....tunggu punya tunggu still x beranak. Bukan apa, kalau dah tau kata tak beranak, senangla nak mate kan dia balik. ni tak tau. tu yang konpius....sampai bila kena tunggu lagi ha?

Catatan Oleh: Nawwar

Sabtu, 4 Julai 2009

False Pregnancy??


Heran bin ajaib la ngan rabbit betina aku yang sekor ni. ari tu dok ingat dah bunting sbb tgk dari saiz perutnya yang agak besar. Tunggu punya tunggu petang khamis lalu, tengok dia dah mula cabut bulu. Hati hepi tak terkira la. aku pun biarkan dia dengan dunianya sendiri. bangun esok pagi, tgk2 tak dak pun baby rabbit. huhuhu...frust sungguh. sampai ke hari ni, langsung tak ada perubahan. cuma rabbit tu agak garang. bila aku cuba nak jenguk dalam sangkar dia, dia mula hentak kaki belakang. siap ada bunyi lagi. heran jugakla dengan kelakuan dia. nak kata dia tak sihat, taik dia semua ok je. cuma taik dia jadi kecik2 and bergumpal mcm nak beranak la. tapi taik yang bergumpal tu, takla ada setiap masa. kadang-kadang ja. makan ok, minum ok. kelakuan dia ja agak pelik. nak kata nak beranak, sampai sekarang x dak apa2 pun walaupun dah cabut bulu....macam ni ka dikatakan false pregnancy??? tolong...tolong...aku nak tahu.....huhuhuhu....

Catatan Oleh: Nawwar

Khamis, 2 Julai 2009

RumahTeres Part 2 & Penghuni Baru

Akhirnya setelah beberapa malam (siang bz keja..) mengetuk dan memotong kayu, rumah arnab nih dah siap seketul.. baru seketul. ada lagi seketul lagi x siap... huhuhu... inilah hasilnya... jeng...jeng...jeng...
... dah siap letak pintu, kunci, botol air (xde dlm gambar), gelongsor taik je blom ada lagi. kayu dah siap paku, cuma nak letak je... maybe pakai tikar getah kot.... (thanks dehan2, yang cadangkan boh tikar....)

...dan beberapa jam lepas sangkar ni siap, dapat mesej dari dehan2 kata ada arnab baru sampai. aku pun pe lagi, terus sarung baju, gi rembat sepasang... hahaha... ni dia....
tapi x tau la berapa hari depa ni nak numpang kat sini. sebab dah ada org nak beli. tapi sayang la nak lepas.. yang oren ni comel sangat. tapi kalau tak bagi, dah janji ngan orang tu.... tapi sayang la pulak.... isk... tapi.. iskk emmm.... aaaaa.. eemmmm.... iskkk....iisskkkk... tengok la dulu.. hahahahha....

Dicatat Oleh: FooArt