Ahad, 4 Oktober 2009

Projek Kawinkan Arnab

Disebabkan ingin membiakkan arnab-arnab ku. Aku dah pun buat 2 projek mengahwinkan arnab-arnab ku untuk dapatkan hasilnya. Harap-harap dari projek tu adala hasil yang di keluarkan. Pada 28/09 aku dah kawinkan Jackie iaitu arnab jantan angora putih dengan Enot. Nampak macam berjaya. Tapi belum tentu lagi. Masa mula-mula kawinkan diorang, Enot tak marah. Dia relax ja. Kali kedua iaitu pada 02/10, aku try kawinkan sekali lagi. Kali ni Enot cukup marah. Tak bagi ruang pun untuk Jackie. Agaknya pada 28/09 tu dah berlaku persenyawaan kot sebab tu Enot tak bagi ruang untuk dikawinkan pada 02/10 yang lalu. Takpala kita tengokla macam mana nanti. Projek kedua, iaitu pada 01/10, aku kawinkan arnab betina yang pernah melahirkan 3 ekor anak pada bulan Mei yang lepas dengan arnab jantan angora kelabu. Arnab betina tu aku namakan Lulu dan arnab jantan angora kelabu aku namakan Sunny. Setakat ni Lulu tak menunjukkan tanda macam bunting.pun. Dia tak garang macam kebanyakan arnab yang dah bunting. Lulu macam biasa ja. Tak taula dia bunting ke tak. Dari pengalaman yang lalu, Lulu memang tak garang. Masa dia bunting dulu pun tak marah-marah. Tiba-tiba ja tau kata dah cabut bulu n dah nak bersalin. Kelam- kabut aku dalam bulan Mei yang lalu. Tapi, satu pengalaman yang sangat indah. Takpala, nanti ingat nak try kawinkan sekali lagi. Nak tengok macam mana tindakan Lulu. Kalau betul-betul jadi kali ni, nanti hujung bulan Oktober dan awal bulan November aku bakal dapat baby arnab baru. Hehehe…harap-harap kedua-dua projek aku ni berjaya membuahkan hasilnya. Kalau betul jadi, nanti suami aku kena bertungkus-lumus pulak la buat sangkar baru bagi menampung arnab-arnab yang ada.


Dicatat oleh: Nawwar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan