Sabtu, 13 Ogos 2011

Bangsal Baru

Lama betul x update blog... kali ni nak cerita pasal bangsal aka pondok arnab.. Yeaahh.. bangsal baru telah siap dibina dan kini proses pemindahan sangkar2 arnab sudah bermula... sebenarnya banyak perancangan ACW nak memajukan penternakan arnab ni tapi dek kerana kekangan kewangan, semuanya tertangguh... terima kasih tak terhingga kepada kedua orang tua kerana sudi menjadi 'penaja' projek bangsal baru ni.. hehehe..
Pekerja sedang menyiapkan bangsal baru
Bangsal baru ni diperbuat daripada besi dan kos keseluruhan berjumlah RM1600 tak termasuk kerja-kerja tanah.. cewwaahh, dh macam projek rumah kos rendah la pulak, kan.. hahaha... ok, bahagian lantainya cadang nak letak pasir je, senang utk air kencing dia meresap dalam tanah terus dan memudahkan kerja-kerja mengumpulkan sisa buangan arnab utk dijadikan baja.. huhuhu.
Bangsal hampir siap.
 Kerja-kerja pemindahan arnab sudah pun bermula tapi belum siap 100%. Tunggu update berikutnya, kita tgk susun atur dalam bangsal baru nih....!!