Khamis, 31 Disember 2009

Apa la yg jadi...


Sehingga entri ni ditulis, aku x tau apa dah jadi ngan anak2 arnab ni... nak jengok takut ibu dia merajuk lagi.. yela, hari tu dia beranak sampai tujuh ekor tapi semua mati. la ni aku dah serik... biaq la dia jaga sendiri.. ibu ni pantang aku pi dekat ja, mesti dia nak tunggu kat depan pintu 'bilik' anak dia tuh.. mcm la org nak ambik anak dia.. huhuhuh.. tunggu la mungkin lepas sebulan, baru aku akan buang kotak tu... rasanya time tu anak2 ni dah kuat, dah boleh lari2 kot....itupun kalau depa suma idup n sihat la... emm.. harap2 mcm tu la...

Isnin, 21 Disember 2009

Nini beranak pulak...



Hari tu Si Nini ni dah beranak tujuh ekor tapi semua anaknya mati sekor sekor.... kali ni dia beranak empat ekor plak... mulanya aku plan nak asingkan anak ngan ibu mcm jebit buat tu.. tapi memandangkan skrang ni aku n wife teramatlah sibuk, takut tak sempat lak nak jaga anak2 ni, maka keputusannya, aku nak try buat eksperimen: beranak dan tinggal.... kalau dulu bila Nini ni beranak, aku selalu jenguk tgk perut anak2 dia bulat atau tak, kalau x, aku akan amik anak dia n bagi susu secara manual, natijahnya, anak dia mati sekor demi sekor.. mungkin dia x suka cara aku paksa dia bagi susu.... "Lu apahal beb? anak gua, gua tau la jaga." mungkin itu yg dibentaknya dlm hati, sapa tau, kan.. hehehe... kali ni aku nak guna kaedah tradisional yg dipanggil, 'ye mapuh gi ke mu...' biar dia jaga sendiri...


kali ni aku letak water dispenser rosak yg aku curi dari Miaw. Miaw ni pun beranak dah 2 minggu dlm water dispenser tu. skang anak2 dia dah bukak mata, boleh la aku pindah dlm kotak terbuka... act water dispenser tu dah rosak, so, aku punggah isi dlm dia utk bagi Miaw beranak....


skang ni bleh la guna utk arnab plak... hehehe... nak lepas bagi dia beranak dlm lubang tanah mcm si anip ni tak berani plak aku... takut ujan ka, ular ka, kucing ka, bewak ka.. tak ke naya.. huhuhu.... lepas ni tgk la mcm mana....

Selasa, 15 Disember 2009

Sedapnya Arnab...

Salam...

Raya korban baru2 ni, 2 ekor arnab aku pun dikorbankan.. plan mula igt nak semelih sebelum raya, buat rendang cicah ketupat. tapi si tukang semelihnya pulak x da... susah rupanya nak cari tukang semelih ni, bukan semua org sanggup semelih arnab... terpaksa tunda lepas raya, thanks dehan2, tulong semelih, lapah, buang bulu sekali.. hahaha.. ha, 2 ekor ni la yg kena semelih tu..

Masa mula2 beli, igt sepasang, rupanya jantan kedua-dua.. hah, apa lagi, tunggu dia berisi sikit, kita kasi potong la... huehuehue... nasib baik jantan, boleh jugak merasa daging arnab...

punya excited nak makan, sampai lupa nak ambik gambar... dari semelih, buang bulu, siang, potong, buat gulai, semua satu habuk pun x ada gambar.. mmg lupa sungguh2... isk..isk...

Apapun, 2 ekor tu dah jadi gulai dgn betik dan rasanya.... huuuiiiii..... mmg sedap... sapa yg belum try tu, try la cecepat... huhuhu...

Rabu, 11 November 2009

Lagi Arnab Mati

Frust sungguh. Petang kemarin ada sekor lagi arnab mati. Upin dah mati. Arnab yang matanya sakit tu. Baru dok merancang raya haji ni nak buat rendang arnab nak makan dengan ketupat. Nak sembelih 3 ekor arnab jantan yang ada termasuklah Upin. Nampaknya tak ada rezeki nak buat 3 ekor arnab. Kena buat 2 ekor je la. Berat jugak Upin tu. Adala dalam 1 kilo. Sayang sungguh. Tak tau la kenapa. Pagi kemarin masa bagi makan nampak ok dan sihat je. Petang kemarin mungkin dalam pukul 5 hingga 6 petang kot baru dia mati. Takkan sebab sejuk kot. Sebab petang kemarin hujan n angin memang kuat. Ntahla mungkin memang dah sampai masanya kot. Kalau balik dari keje awal sikit, mungkin boleh ambik sembelih. Ni balik je dari keje dah jadi bangkai. Mana boleh buat makan...Takpala tak ada rezeki la namanya tu.... Nanti nak sembelih 2 ekor je la untuk buat rendang....

Dicatat oleh: Nawwar

Sabtu, 7 November 2009

Arnab Cacat Mati

Macam dah dijangka, anak arnab yang cacat tu tak dapat hidup lama memandangkan keadaan fizikalnya yang mengalami kecederaan serius hasil dari kecuaian ibunya. Anak arnab tersebut ditemui mati pada pagi 5 November yang lalu. Kesian tengok arnab tu. Tapi, kira lama jugakla dia boleh hidup berbanding adik-beradiknya yang lain. Dalam plan aku n husband, kalau anak arnab tu boleh hidup, bila usianya dah pun mencecah 4 bulan atau 5 bulan ingat nak sembelih ja. Tak sanggup tengok kalau dia hidup dengan kecacatan fizikal yang di alaminya. Daripada menyiksa kehidupannya, lebih baik disembelih. Takla sedih kita yang melihatnya. Kalau nak tengok sejauh mana kecacatan yang dialaminya, tengokla dalam klip video yang aku sertakan dalam blog ni. Sesiapa yang sempat melihatnya, pasti sedih kan....kesian... Kini anak2 arnab yang tujuh ekor yang telah dilahirkan kira2 sebulan yang lalu, tinggal kenangan. Sekor pun tak dapat hidup. Nak buat macam mana, Allah sayangkan mereka lagi. Tapi sekurang-kurangnya daripada pengalaman yang lalu, dapat jugak diambil iktibar. Mungkin kami kena pertingkatkan lagi kotak beranak untuk keselesaan ibu dan anak arnab dan mungkin juga kami kena asingkan ibu dan anak sehingga usia anak2 arnab mencecah usia matang. Takpala kita belajar dari kesilapan....

Dicatat oleh: Nawwar

Ahad, 1 November 2009

Enot dan Lulu

Entahla apa nak jadi ngan Enot n Lulu ni. Dua-dua ekor arnab aku ni kena bunting palsu. Mula2 Enot cabut mula awal seminggu. Ingatkan Enot ni jenis cabut bulu seminggu sebelum beranak. Nampak gayanya dia kena bunting palsu. Dah dua kali Enot kena bunting palsu ni. Takpala nanti aku akan cuba matekan sekali lagi. Lulu pun cabut bulu tak silap 4 hari sebelum tarikh yang sepatutnya dia beranak. Tunggu punya tunggu, tak ada apa-apa hasil pun. Siap buh kotak lagi untuk dia beranak. Tapi tak beranak-beranak pun. Lulu ni dari pengalaman yang lalu, bila dia dah cabut bulu, memang tak lama lepas tu akan ada anak dalam kotak beranak. Ni tak ada pun. Lulu pun kena bunting palsu. Takpala, nanti kedua-dua arnab ni akan aku matekan sekali lagi... Harap nanti kalau dimatekan sekali lagi, ada la hasilnya. Apa yang penting, jangan putus asa la....hehhehe.....

Dicatat oleh: Nawwar

Isnin, 26 Oktober 2009

Berita Tak Best

Baru seminggu yang lepas update blog dengan perkembangan baby arnab. Tapi tak sangka la pulak berita yang tak best terpaksa di updatekan untuk hari ni. Petang 24/10, baby arnab yang putih tu telah memejamkan mata untuk selama-lamanya. Pagi ni, arnab hitam yang kecik tu pun nasibnya sama macam baby arnab putih tu, pejam mata untuk selama-lamanya. Huhuhu....sedih jugak tapi takla sesedih macam kucing aku mati dulu-dulu. Hmm...dari mula-mula baby arnab ni dilahirkan aku rasa macam hepi sangat. Terbayang je muka-muka baby arnab yang cute-cute. Tapi rasa hepi tu makin hilang hari demi hari sebab baby-baby tu mati sekor demi sekor hinggalah tinggal 3 ekor. Walaupun macam tu, aku tak putus asa menyimpan lagi harapan dengan 3 ekor baby ni. Tapi melihatkan perkembangan fizikal baby- baby arnab ni, menyebabkan timbul lagi kekecewaan. Bermula dengan baby arnab putih ni sampailah ke 2 ekor baby arnab hitam yang ada. Pada mulanya aku sangka, hanya baby arnab putih saja yang ada masalah. Rupa-rupanya ketiga-tiga ekor baby arnab ni mengalami masalah. Aku tak pasti kenapa dan mengapa. Tapi aku syak baby-baby arnab ni menjadi mangsa kepada ibu mereka sendri. Rasanya ibu mereka terpijak badan dan kaki mereka hingga menyebabkan mereka tak mampu membesar dan bergerak dengan sempurna. Sedih betul tengok baby-baby arnab ni.



Sekarang ni tinggallah sekor baby arnab hitam yang dah boleh merangkak minggu lepas. Minggu ni dah tak boleh merangkak dah. Baby arnab ni pun tak pasti berapa lama lagi dia boleh hidup. Baby arnab ni dah jadi cacat. Kaki belakang dia terkangkang dua-dua belah. Kaki depan pulak cuma sebelah je yang berfungsi. Lagi sebelah macam lembik ja. Pastu kepala pulak tersenget ja. Bila tengok baby arnab ni rasa sedih ja. Kesian sangat-sangat...huhuhu....
Selain dari baby-baby tu, si Upin anak kepada Lulu pun ada penyakit. Upin ni dah jadi buta. Dia sakit mata....Upin ni pulak, tak tau la nasib dia macam mana..Mungkin akan disembelih. Tapi, aku la tak sanggup....Biarla husband aku yang uruskan......


Dicatat oleh: Nawwar

Jumaat, 23 Oktober 2009

Penipu...!!!

Klik gambar ntuk nampak lebey besar

Hai dah terdesak sgt ke cik kak oii sampai nak lelong arnab org ni... kalau betul2 nak jual, ambik la gambar arnab sendiri... ke saja2 nak penuhkan server mudah.my tu sampai menyusahkan org lain yg betul2 nak meniaga.. Apapun perbuatan budak nakal yang menggelarkan dirinya ekin ini mmg keji.

Satu, dia menipu bakal pelanggan, kalau dia betul2 nak jual arnab, pastilah arnab yang ingin dijualnya bukan seperti dalam gambar, kalaupun x ada gambar arnab sebenar, apa salahnya sebut la "gambar sekadar hiasan". Ini tidak, siap ngaku lagi itu arnab dia...dah la tu, siap tulis arnab ini suka jelir lidah. Mcm la nkau dok tgk dia hari2.. apa punya turrr daaa...

Kedua, kalau tgk dari siri iklan dia, nampak sgt mcm x serius nak jual... mcm nak main2 je.. x baik la mcm tu... mmg la mudah.my tu free, tapi x bermakna nkau boleh letak iklan kosong, walhal barang xde. Kan ke nyusahkan org tu.. yg nak beli pun tertipu, yg betul2 nak jual brg pun susah, sbb memberatkan server. Dulu mudah.my boleh letak gambar sampai 5 keping, sekarang cuma 2 keping. Dulu boleh letak iklan yg sama utk negeri2 yang lain, sekarang dah x boleh.. sebab apa? sbb ruang semakin kecil, pengiklan semakin bertambah. Malangnya pengiklan yang tipu pun semakin byk. Salah sorang minah ni lah..

Paling x tahan avatar yang bini aku google dlm web mat saleh pun dia bleh ngaku itu arnab dia punya... sengal btol budak nieh.. kejap nama nora, kejap nama ekin, pusing kak long, pusing sampai penin...hehehe...
Apapun tima kasih jerla sbb nkau dah mengglemerkan arnab aku... len kali kalau nak cilok gambar dari blog ni, mintakla kebenaran dulu xpun mention la itu gambar cilok, jgn suka suki nkau jer nak boh gambaq arnab org kendian ngaku nkau punya... xde maruah ke?

Dicatat Oleh: FooArt

Rabu, 21 Oktober 2009

Fikir dan Renung

DEBU-DEBU DOSA Ke arah mana halanya, Bagi insan yang terleka, Mengejar nikmat dunia, Bagaikan hidup selamanya, Tak peduli dosa noda, Seksa azab neraka, Hidup jauh dari rahmatnya, Terpedaya pada dunia, Pentas ciptaan manusia, Terlupa pada segala, Mengikut nafsu semata, Membiar syaitan beraja, Di hati dan juga jiwa, Mengejar dunia penuh debu dosa, Teguhkanlah iman dalam diri, Moga dikau akan merasai, Betapa indah nikmat Illahi, Dan yakin kau akan dirahmati, Harus kau percaya dengan pasti, Dunia tidak kekal abadi, Hanya menguji cekalnya hati, Sebagai khalifah yang sejati, Tak perlu kau meragui, Andai teguh keimanan mu, Pasti bahagia di akhirat yang abadi...


Dicatat oleh: Nawwar

Selasa, 20 Oktober 2009

Baby Yang dah 15 hari dan Enot

Hari ni baby arnab yang dilahirkan pada 05/10 dah pun berumur 15 hari. Baby yang asalnya ada 7 ekor, yang survive cuma 3 ekor. huhu sedih jugak. Mungkin sbb cuaca pada waktu tersebut agak ekstrim hingga menyebabkan kematian. Asyik hujan je masa tu. Mungkin sebab kesejukkan. Jadi baby2 tu tak dapat bertahan. Sekarang, baby yang tinggal 3 ekor tu, hidup dengan sihat dan cergas. Cuma baby yang colour putih tu macam nak jadi arnab kurang upaya je. Yela, yang 2 ekor tu tengok blh merangkak dengan baik. Cuma yang putih tu je. Macam ada masalah dengan kaki depannya. Tak berapa boleh berdiri dengan elok. kalau nak berdiri je, mesti dia akan terguling balik. Kesian gak tgk dia. Tapi, so far, dia ok n cergas je. Tak taula lama mana dia boleh bertahan. Baby yang colour hitam, dah boleh merangkak keluar dari sarangnya. hehehe...cute je. Mata pun dah terbukak.Dalam asyik meneliti dan memantau baby2 arnab, Enot pulak buat hal. Enot ni dari kemarin lagi tingkahlaku dia mcm nk beranak. Bgn pagi ni, bulu pun dia dah cabut. Dia x makan n x minum agaknya sbb tgk makanan n air yang diisi semula kemarin tak abis. Banyak lagi. Bila difikirkan balik, awal lagi kalau nak beranak pun sbb Enot dikawinkan dengan anggora putih pada 28/09. Hari ni baru 20/10 patutnya dia akan beranak pada 27/10. agaknya Enot ni kena bunting palsu sekali lagi kot...atau mungkin Enot ni jenis cabut bulu seminggu awal sebelum beranak. Tapi, tak taula. Just wait n see la......Kalau betulla dia nak beranak dah, nanti anak2nya aku igt nak asingkan bg mengelakkan terjadinya kematian yang mendadak.....

Dicatat oleh: Nawwar

Sabtu, 10 Oktober 2009

Anak Arnab Dijumpai Mati


PENDANG (9 Okt) - 4 ekor anak arnab milik Artnab Comey World Wide dijumpai meninggal dunia kelmarin. Kesemua yang mati adalah berwarna putih dan memiliki telinga berwarna hitam serta mata yang bercelak.

Menurut Pengurus Artnab Comey, Puan Nawwar Haryati, seekor dijumpai mati pada waktu sewaktu mereka sedang memberi makan kepada arnab2 tersebut. 2 ekor lagi ditemui dlm keadaan agak lemah dan didapati telah meninggal dunia pada waktu malam manakala seekor lagi dijumpai sedang nazak pada keesokan paginya dan mati menjelang tgh hari.

Punca kematian masih dalam siasatan tetapi dipercayai kurang mendapat perhatian ibunya ditambah lagi dengan keadaan cuaca yang sejuk akibat hujan terutama pada waktu malam dan awal pagi. Tambahan pula, anak yang mati tersebut bersaiz sgt kecil dan dpercayai anak bongsu.

Lembaga penyiasat juga tidak menolak kemungkinan mangsa mati akibat dipijak ibunya sendiri atau gagal semasa berebut utk minum susu dgn adik beradik mereka yang lain.

Kini anak yang baru dilahirkan tersebut tinggal lagi 3 ekor, (2 hitam dan satu putih). Pihak Artnab Comey berharap agar semua anak yang tinggal dapat meneruskan kehidupan serta menggesa ibunya lebih bertanggungjawab terhadap anak2 tersebut. (Tak BERNAMA)


Dicatat Oleh: FooArt

Selasa, 6 Oktober 2009

Akhirnya...

Bapak yang sedang menjelir lidah ini bulunya sgt kembang dinamakan Sunny.. sudah 3 betina dimatekan dgnnya (Lulu, Nini, Huney dehan2) tapi semuanya x berhasil... panjat sudah byk kali, terlentang juga berkali-kali, tapi kali ni....

Nini ni dah 2 kali bunting palsu, 1 kali beranak tapi anaknya yg sekor tu mati sebaik dilahirkan ( nasib baik Nini x meroyan), ini percubaan kali keempat, akhirnya penantian selama sebulan berhasil juga. Kelmarin, 05/10, Nini selamat melahirkan anaknya. Bukan satu, bukan dua tapi TUJUH ekor... hahaha. First time dapat baby arnab yang banyak. Harap-harap semuanya dapat hidup dan membesar dengan selamat. Nini cabut bulu sgt byk. Banyak betul bulu yang dicabutnya. Bulu yang dicabutnya mmg byk sampai naik berbulu bulu mata yang melihat bulu-bulu itu... ekekeke.. Sekali tengok, risau jugak takut anak-anaknya lemas dalam bulu-bulut.. erkk.. boleh ke anak arnab lemas dlm bulu? Ha.. ni la dia anak2 tu... tajamkan mata anda, sila kira betul2.. kalau x cukup 7, silalah ke kedai cermin mata yang berdekatan.. ahaksss...
Dicatat Oleh: FooArt

Ahad, 4 Oktober 2009

Projek Kawinkan Arnab

Disebabkan ingin membiakkan arnab-arnab ku. Aku dah pun buat 2 projek mengahwinkan arnab-arnab ku untuk dapatkan hasilnya. Harap-harap dari projek tu adala hasil yang di keluarkan. Pada 28/09 aku dah kawinkan Jackie iaitu arnab jantan angora putih dengan Enot. Nampak macam berjaya. Tapi belum tentu lagi. Masa mula-mula kawinkan diorang, Enot tak marah. Dia relax ja. Kali kedua iaitu pada 02/10, aku try kawinkan sekali lagi. Kali ni Enot cukup marah. Tak bagi ruang pun untuk Jackie. Agaknya pada 28/09 tu dah berlaku persenyawaan kot sebab tu Enot tak bagi ruang untuk dikawinkan pada 02/10 yang lalu. Takpala kita tengokla macam mana nanti. Projek kedua, iaitu pada 01/10, aku kawinkan arnab betina yang pernah melahirkan 3 ekor anak pada bulan Mei yang lepas dengan arnab jantan angora kelabu. Arnab betina tu aku namakan Lulu dan arnab jantan angora kelabu aku namakan Sunny. Setakat ni Lulu tak menunjukkan tanda macam bunting.pun. Dia tak garang macam kebanyakan arnab yang dah bunting. Lulu macam biasa ja. Tak taula dia bunting ke tak. Dari pengalaman yang lalu, Lulu memang tak garang. Masa dia bunting dulu pun tak marah-marah. Tiba-tiba ja tau kata dah cabut bulu n dah nak bersalin. Kelam- kabut aku dalam bulan Mei yang lalu. Tapi, satu pengalaman yang sangat indah. Takpala, nanti ingat nak try kawinkan sekali lagi. Nak tengok macam mana tindakan Lulu. Kalau betul-betul jadi kali ni, nanti hujung bulan Oktober dan awal bulan November aku bakal dapat baby arnab baru. Hehehe…harap-harap kedua-dua projek aku ni berjaya membuahkan hasilnya. Kalau betul jadi, nanti suami aku kena bertungkus-lumus pulak la buat sangkar baru bagi menampung arnab-arnab yang ada.


Dicatat oleh: Nawwar

Sabtu, 3 Oktober 2009

Enot Si Hitam

Kini aku ingin memperkenalkan arnab betina hitam yang dah lama aku simpan. Arnab ni dah lama aku beli dari seorang insan yang berada di Jitra. Actually dia jual sepasang. Tapi, aku nak yang betina ja. Dia iklankan dalam laman web www.mudah.my. Aku namakan arnab ni Enot. Aku beli Enot dalam bulan Julai yang lalu. Tapi aku tak updatekan dalam blog. Time tu rasa macam malas ja nak update blog. Sekarang barulah aku perkenalkan. Hehehe…terlambat sikit. Enot ni dah pernah di kawinkan. Tapi dia mengalami bunting palsu pada pertengahan bulan lepas. Tapi pada 28/09 yang lalu, aku kawinkan sekali lagi. Nak tengok pulak hasilnya lepas ni. Setakat ni so far so good. Tapi satu tabiat Enot yang paling aku geram, dia suka gigit kain yang aku gunakan untuk tutup sangkarnya. Geram betul. Dah banyak kali kain tu ditukar. Potong gigi dia baru padan muka..Enot ni dulu teramat garang. Sampai nak gantikan makanan dia pun asyik nak terkam je tangan aku. Sekarang dah slow sikit dah. Tak la garang macam masa mula-mula dia dimasukkan dalam rumah barunya.…Mungkin dia pun dah makin selesa dengan rumah barunya ini. So sekarang ni tumpuan diberikan sepenuhnya bagi memastikan Enot sihat dan dapat menghasilkan generasi baru….


Dicatat Oleh: Nawwar