Sabtu, 7 November 2009

Arnab Cacat Mati

Macam dah dijangka, anak arnab yang cacat tu tak dapat hidup lama memandangkan keadaan fizikalnya yang mengalami kecederaan serius hasil dari kecuaian ibunya. Anak arnab tersebut ditemui mati pada pagi 5 November yang lalu. Kesian tengok arnab tu. Tapi, kira lama jugakla dia boleh hidup berbanding adik-beradiknya yang lain. Dalam plan aku n husband, kalau anak arnab tu boleh hidup, bila usianya dah pun mencecah 4 bulan atau 5 bulan ingat nak sembelih ja. Tak sanggup tengok kalau dia hidup dengan kecacatan fizikal yang di alaminya. Daripada menyiksa kehidupannya, lebih baik disembelih. Takla sedih kita yang melihatnya. Kalau nak tengok sejauh mana kecacatan yang dialaminya, tengokla dalam klip video yang aku sertakan dalam blog ni. Sesiapa yang sempat melihatnya, pasti sedih kan....kesian... Kini anak2 arnab yang tujuh ekor yang telah dilahirkan kira2 sebulan yang lalu, tinggal kenangan. Sekor pun tak dapat hidup. Nak buat macam mana, Allah sayangkan mereka lagi. Tapi sekurang-kurangnya daripada pengalaman yang lalu, dapat jugak diambil iktibar. Mungkin kami kena pertingkatkan lagi kotak beranak untuk keselesaan ibu dan anak arnab dan mungkin juga kami kena asingkan ibu dan anak sehingga usia anak2 arnab mencecah usia matang. Takpala kita belajar dari kesilapan....

Dicatat oleh: Nawwar

1 ulasan: