Jumaat, 2010 Januari 08

Setelah 3 minggu...


Akhirnya selepas 3 minggu aku biarkan Nini jaga anak dia sendiri, ada 3 ekor yang hidup dengan sihat. 2 ekor warna putih, mcm bapak dia. Sekor kaler coklat. Eh, coklat ke? ntah, campur2 la.. coklat ada, kelabu ada, putih ada. X kisahlah, yang penting semuanya sihat dan membesar dengan baik. Hari tu masa dia beranak aku perasan ada 4 ekor. Mungkin sekor dah mati dan ibunya dah makan anak tu sebab aku x jumpa pun bangkainya. Hmm.. eksperimen ni boleh la dikatakan berjaya walaupun x 100% yang hidup.

suka duduk rapat2..

Agaknya pagi ni sejuk kot...

yang ni paling comel, mata bercelak coklat..

Khamis, 2009 Disember 31

Apa la yg jadi...


Sehingga entri ni ditulis, aku x tau apa dah jadi ngan anak2 arnab ni... nak jengok takut ibu dia merajuk lagi.. yela, hari tu dia beranak sampai tujuh ekor tapi semua mati. la ni aku dah serik... biaq la dia jaga sendiri.. ibu ni pantang aku pi dekat ja, mesti dia nak tunggu kat depan pintu 'bilik' anak dia tuh.. mcm la org nak ambik anak dia.. huhuhuh.. tunggu la mungkin lepas sebulan, baru aku akan buang kotak tu... rasanya time tu anak2 ni dah kuat, dah boleh lari2 kot....itupun kalau depa suma idup n sihat la... emm.. harap2 mcm tu la...

Isnin, 2009 Disember 21

Nini beranak pulak...



Hari tu Si Nini ni dah beranak tujuh ekor tapi semua anaknya mati sekor sekor.... kali ni dia beranak empat ekor plak... mulanya aku plan nak asingkan anak ngan ibu mcm jebit buat tu.. tapi memandangkan skrang ni aku n wife teramatlah sibuk, takut tak sempat lak nak jaga anak2 ni, maka keputusannya, aku nak try buat eksperimen: beranak dan tinggal.... kalau dulu bila Nini ni beranak, aku selalu jenguk tgk perut anak2 dia bulat atau tak, kalau x, aku akan amik anak dia n bagi susu secara manual, natijahnya, anak dia mati sekor demi sekor.. mungkin dia x suka cara aku paksa dia bagi susu.... "Lu apahal beb? anak gua, gua tau la jaga." mungkin itu yg dibentaknya dlm hati, sapa tau, kan.. hehehe... kali ni aku nak guna kaedah tradisional yg dipanggil, 'ye mapuh gi ke mu...' biar dia jaga sendiri...


kali ni aku letak water dispenser rosak yg aku curi dari Miaw. Miaw ni pun beranak dah 2 minggu dlm water dispenser tu. skang anak2 dia dah bukak mata, boleh la aku pindah dlm kotak terbuka... act water dispenser tu dah rosak, so, aku punggah isi dlm dia utk bagi Miaw beranak....


skang ni bleh la guna utk arnab plak... hehehe... nak lepas bagi dia beranak dlm lubang tanah mcm si anip ni tak berani plak aku... takut ujan ka, ular ka, kucing ka, bewak ka.. tak ke naya.. huhuhu.... lepas ni tgk la mcm mana....

Selasa, 2009 Disember 15

Sedapnya Arnab...

Salam...

Raya korban baru2 ni, 2 ekor arnab aku pun dikorbankan.. plan mula igt nak semelih sebelum raya, buat rendang cicah ketupat. tapi si tukang semelihnya pulak x da... susah rupanya nak cari tukang semelih ni, bukan semua org sanggup semelih arnab... terpaksa tunda lepas raya, thanks dehan2, tulong semelih, lapah, buang bulu sekali.. hahaha.. ha, 2 ekor ni la yg kena semelih tu..

Masa mula2 beli, igt sepasang, rupanya jantan kedua-dua.. hah, apa lagi, tunggu dia berisi sikit, kita kasi potong la... huehuehue... nasib baik jantan, boleh jugak merasa daging arnab...

punya excited nak makan, sampai lupa nak ambik gambar... dari semelih, buang bulu, siang, potong, buat gulai, semua satu habuk pun x ada gambar.. mmg lupa sungguh2... isk..isk...

Apapun, 2 ekor tu dah jadi gulai dgn betik dan rasanya.... huuuiiiii..... mmg sedap... sapa yg belum try tu, try la cecepat... huhuhu...

Rabu, 2009 November 11

Lagi Arnab Mati

Frust sungguh. Petang kemarin ada sekor lagi arnab mati. Upin dah mati. Arnab yang matanya sakit tu. Baru dok merancang raya haji ni nak buat rendang arnab nak makan dengan ketupat. Nak sembelih 3 ekor arnab jantan yang ada termasuklah Upin. Nampaknya tak ada rezeki nak buat 3 ekor arnab. Kena buat 2 ekor je la. Berat jugak Upin tu. Adala dalam 1 kilo. Sayang sungguh. Tak tau la kenapa. Pagi kemarin masa bagi makan nampak ok dan sihat je. Petang kemarin mungkin dalam pukul 5 hingga 6 petang kot baru dia mati. Takkan sebab sejuk kot. Sebab petang kemarin hujan n angin memang kuat. Ntahla mungkin memang dah sampai masanya kot. Kalau balik dari keje awal sikit, mungkin boleh ambik sembelih. Ni balik je dari keje dah jadi bangkai. Mana boleh buat makan...Takpala tak ada rezeki la namanya tu.... Nanti nak sembelih 2 ekor je la untuk buat rendang....

Dicatat oleh: Nawwar

Sabtu, 2009 November 07

Arnab Cacat Mati

Macam dah dijangka, anak arnab yang cacat tu tak dapat hidup lama memandangkan keadaan fizikalnya yang mengalami kecederaan serius hasil dari kecuaian ibunya. Anak arnab tersebut ditemui mati pada pagi 5 November yang lalu. Kesian tengok arnab tu. Tapi, kira lama jugakla dia boleh hidup berbanding adik-beradiknya yang lain. Dalam plan aku n husband, kalau anak arnab tu boleh hidup, bila usianya dah pun mencecah 4 bulan atau 5 bulan ingat nak sembelih ja. Tak sanggup tengok kalau dia hidup dengan kecacatan fizikal yang di alaminya. Daripada menyiksa kehidupannya, lebih baik disembelih. Takla sedih kita yang melihatnya. Kalau nak tengok sejauh mana kecacatan yang dialaminya, tengokla dalam klip video yang aku sertakan dalam blog ni. Sesiapa yang sempat melihatnya, pasti sedih kan....kesian... Kini anak2 arnab yang tujuh ekor yang telah dilahirkan kira2 sebulan yang lalu, tinggal kenangan. Sekor pun tak dapat hidup. Nak buat macam mana, Allah sayangkan mereka lagi. Tapi sekurang-kurangnya daripada pengalaman yang lalu, dapat jugak diambil iktibar. Mungkin kami kena pertingkatkan lagi kotak beranak untuk keselesaan ibu dan anak arnab dan mungkin juga kami kena asingkan ibu dan anak sehingga usia anak2 arnab mencecah usia matang. Takpala kita belajar dari kesilapan....

Dicatat oleh: Nawwar

Ahad, 2009 November 01

Enot dan Lulu

Entahla apa nak jadi ngan Enot n Lulu ni. Dua-dua ekor arnab aku ni kena bunting palsu. Mula2 Enot cabut mula awal seminggu. Ingatkan Enot ni jenis cabut bulu seminggu sebelum beranak. Nampak gayanya dia kena bunting palsu. Dah dua kali Enot kena bunting palsu ni. Takpala nanti aku akan cuba matekan sekali lagi. Lulu pun cabut bulu tak silap 4 hari sebelum tarikh yang sepatutnya dia beranak. Tunggu punya tunggu, tak ada apa-apa hasil pun. Siap buh kotak lagi untuk dia beranak. Tapi tak beranak-beranak pun. Lulu ni dari pengalaman yang lalu, bila dia dah cabut bulu, memang tak lama lepas tu akan ada anak dalam kotak beranak. Ni tak ada pun. Lulu pun kena bunting palsu. Takpala, nanti kedua-dua arnab ni akan aku matekan sekali lagi... Harap nanti kalau dimatekan sekali lagi, ada la hasilnya. Apa yang penting, jangan putus asa la....hehhehe.....

Dicatat oleh: Nawwar