Rabu, 15 Julai 2009

Rumah Dah Siap

Tada... ini la rumah teres setingkat 3 bilik tu.. actually rumah arnab ni dah siap seminggu lebih dah.. ni baru upload dlm blog nih.. hehehe.. rumah ni dah dipindahkan ke tapak sementara sebab tapak asal tgh upgrade, bubuh simen.. nanti senang la nak cuci.. Ok, ini antara ciri-ciri spesel yang ada kat umah ni. Klik gambar kalau nak tgk lebih besar...
Selak boleh kunci (untuk keselamatan...)
Pintu bukak ke atas, senang nak sangkut nipple air...

Lantai boleh tanggal untuk memudahkan kerja-kerja membasuh. Menggunakan dawai yang di salut plastik.tapi x tahan lama. arnab ni suka menggigit.. mmg tak tahu diuntung betul la arnab2 nih... org bubuh nak bagi dia selesa, dia gigit plak.. huhuhu.

Gelungsur najis menggunakan tikar getah yang aku pau dari cina perabot kat Tanah Merah. tapi problem plak disebabkan tikar ni dia lembik, air kencing ngan air minum yang tumpah asyik bertakung je kat tengah.. kena lapik papan kat bawah baru ok kot.

Palung plastik yang berharga 5 ringgit sekaki. habis 70 ringgit beli palung ni saja.. huhhuhu..

Dawai bahagian dalam sel dikepit dengan kayu bagi meminimumkan risiko kecederaan pada arnab.. bab kepit-kepit ni la yang meningkatkan kos.. huhuhu..

Ok, keseluruhannya satu sangkar ni menelan belanja lebih 200 ringgit untuk disiapkan x termasuk nipple air, tikar getah (sebab dapat free), dan bekas makanan.. mahal? mmg mahal... apa yang penting, kejesame... heheh. bukan, yang penting, arnab selesa... huhuhu.

Dicatat Oleh: FooArt

Tiada ulasan:

Catat Ulasan