Selasa, 14 Julai 2009

Dah Makan Pellet....


Beberapa hari lalu Abu dah mati. Sekarang ni tinggal Upin ngan Ipin ja. Diorang ni aktif dah sekarang. Dah melompat sana sini. Yang paling bestnya diorang dah mula makan pellet. sampai masa makan tu diorang blh masuk dalam bekas makanan diorang. agaknya sedap sangat kot pellet tu...Ikut kata Iceburn, pellet yang aku bagi ni ialah pellet cap ikan. pellet ni agaknya sedap kot. kdg2 cepat betul stok makanan diorang abis. Upin ngan Ipin jugak dah pandai minum air dari botol yang diletakkan paipnya. mcm ibunya minum. kebanyakan anak2 arnab x reti nak minum dari botol. tapi upin ngan ipin ni dah pandai walaupun baru berusia 25 hari. agaknya diorang dok tgk ibu diorang minum kot. tu yang diorang pandai minum dari botol. takpala, senang la nanti....walaupun diorang dah makan pellet, tapi, diorang still menyusu. belum cerai susu lagi....

Catatan Oleh: Nawwar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan