Rabu, 28 September 2011

Deko..Deko..Deko..

kali ni ACW nak share susun atur di bangsal baru ni...
Pandangan dari depan,
Bahagian atas yg terdedah ditutup dgn kanvas terpakai bagi mengelak tempias hujan. Bahagian lantai dicover dgn pasir supaya air kencing terserap terus ke dalam tanah...

Pandangan dari sisi
di sebelah depan tadi ada pokok cempedak dan di sebelah sisi ada pokok limau kasturi dan buluh madu utk bagi teduh dari terik matahari... Sorry, buluh madu xde dlm gambar.. hehehe..

Susunan sangkar
Untuk menjimatkan masa dan tenaga, ACW guna sangkar besi yg dilapik dgn kaki diperbuat dari besi.. tapi sbb kos yang tinggi terpaksa guna kayu jugak la lepas ni..

Susunan sangkar II
act sangkar2 besi ni digunakan utk isi arnab2 betina yang remaja atau yg telah di'mate'kan.

wad bersalin dan nursey
ok, sangkar kayu ni pulak utk arnab yg beranak dan juga sedang menyusu. lupa plak nak amik gambar kotak beranak dia..

King Suite
Ini sangkar utk arnab jantan... ACW ada 2 ekor je arnab jantan. Di kiri kanan sangkar dh diletakkan jaring utk ruang ehem..ehem.. ahaks..

Sliding door
ok, sangkar arnab jantan ni dilengkapi pintu di bahagian tepi dan 'tangga' utk arnab tu turun ke tanah utk mengejar sang betina. Si betina akan dilepaskan di kawasan yang di letak jaring tadi dan pintu sliding pun dibuka... lepas tu korang pikir sendiri la apa jadi.. eheh..!!

'Mate' arnab
Ha, tgk tu.. aksi kejar mengejar sedang berlaku..

Sangkar besar
Sebenarnya ini sangkar kucing yg 4 tingkat punya.. tapi kucing dh xda, so, ACW modified sikit, bhgn atas digunakan utk simpan brg2 cam palet, botol2 air, alfafa, bekas2 makanan/minum dan sebagainya.. bahagian bawah pulak digunakan utk simpan arnab yang telah bercerai susu dan sedia utk dijual... ok, itu sahaja. terima kasih kerana membaca.. Hehehe..