Selasa, 30 Jun 2009

Trip to Dusun

Haaa.....ari Jumaat 26hb yang lalu, aku n famili buat rombongan ke dusun @ Bukit Selambau. Dusun buah durian. Kan sekarang musim durian. So, trip ke dusun tu dibuat untuk makan durian yang fresh, yang baru luruh dari pokok. Isshh...sedap sungguh buahnya. Buah lain yang sempat kami makan is buah manggis. Pokok manggis ada 3 batang rasanya. Buah manggis pun sedap2. Tapi x berapa banyak lagi buahnya. Walaupun x banyak, kami kutip jugak kat pokok2 nya. Siap panjat lagi hehehe...jadi budak kampung dulu2. Buah manggis dapat la dalam 1 baldi. buah durian x terkata banyaknya. Makan punyala banyak, buat sementara ni aku kena stop makan durian. bukan apa, rasa nak termuntah pun ada. Muak dah. Terlampau banyak makan durian dalam minggu tu..Kat dusun tu, buah cempedak n langsat pun ada. tapi kami tak kutip pun buah tu. entahla maybe sbb terlampau excited nak makan durian, terlupa kat buah tu. Lagipun, buah cempedak dah banyak kat rumah aku. kat rumah aku la ni ari2 makan buah cempedak. rumah pun dah bau buah cempedak....hehehhe....

Catatan Oleh: Nawwar

Isnin, 29 Jun 2009

Dah 10 hari


Tada....inilah rupa baby rabbit yang dilahirkan 10 hari lalu. Dah tumbuh bulu dan makin cergas. Macam aku kata, baby rabbit ni bulu dia nak jadi colour putih dan colour hitam or kelabu. Kesian jugak kat baby yang colour kelabu tu. Saiz dia jauh lebih kecik berbanding dengan 2 ekor lagi. Tapi xpe, so far dia sihat la n ibu dia x pinggirkan dia. kalau nak tau, baby kelabu tu, banyak kali jugak terkeluar dari kotak dia. Kesian, dah la kecik, asyik terkeluar je dari kotak....

Gambar baby rabbit ni di tangkap lepas mereka menyusu. Berguling guling depa lepas menyusu. Agaknya kenyang n hepi kot....Tak silap 2 kali ibu depa menyusu petang tu....Baby rabbit ni semua dah mula bukak mata sikit, dah mula merangkak n dah pandai menggaru kat telinga depa. sooo....cute.


Catatan Oleh: Nawwar

Ahad, 28 Jun 2009

Rumah Teres Setingkat 3 Bilik

Dengan bertambahnya arnab ni, kena la buat rumah baru.. anak betina dgn anak jantan kena asingkan.. ye tak, lain la kalo tak baligh lagi boleh la campur. ahakss... merapu lak... okeh, ni progres ntuk buat sangkar baru kat depa...



kayu dengan jaring.. beli kat kedai kayu Tanah Merah je.. malas nak menjelajah kedai kayu jauh-jauh... lagipun xde masa nak pi sana pi sini survey harga kayu.. habis 200 lebih jugak la beli 2 benda ni.. arnab punya pasal, xpe.. aiman tak kisah....

kerja yang pertama, kita ukur dan potong dawai... pelik?? selalunya orang buat rangka dulu pastu baru potong dawai.. tapi peduli hapa aku... aku punya suka la nak potong apa dulu pun.... huhhuh..
hmm.... kayu dah siap dipotong kat kedai tu. so, x la susah-susah nak balik ukur n gergaji lagi.... selamat satu keja...

ha, bila dah siap potong, kita pakukan dawai tu ke kayu tadi.. tada.. inilah hasilnya... orang lain buat rumah pacak tiang, letak alang, buat rangka tapi aku buat dinding dulu. hehehe.. ini namanya konsep bina dan cantum... lebih senang dan mudah... ;)

Inilah hasilnya bila dah dicantum... baru nampak ada rupa sangkar... hehhe.. ni x siap lagi... nanti kita sambung lagi ke part 2 plak..... okeh....

Dicatat Oleh: FooArt

Khamis, 25 Jun 2009

Mother's - To - Be


Hari Jumaat lepas baru je menimang baby rabbit. Lepas meredah saat-saat kelam kabut yang lalu, check punya check rabbit aku seekor lagi ni pun bunting. Tak tau nak agakla waktu mana rabbit ni bakal melahirkan. Apa yang penting aku kini dalam keadaan stand by la. Sentiasa pantau dan perhati keadaan rabbit ni. Tengok dari saiz perut dia rasa macam rabbit ni bakal melahirkan banyak ekor jugak berbanding ibu rabbit yang lalu. Entahla, tengokla macam mana nanti. Setakat ni, belum ada apa-apa perubahan la..

Ibu Rabbit


Haa...ni la ibu baby baby rabbit tu. Kesian kat dia persediaan untuk melahirkan tak dibuat awal-awal. Habis dia cabut bulu dia sampai luka kat perut dia. So far, keadaan ibu rabbit ni baikla.Cuma risau kat luka di perut tu je la...Harap luka tu tak jadi kurap la...

Catatan Oleh: Nawwar

Baby Rabbit



Diam x diam, akhirnya arnab ku telah melahirkan 3 ekor baby pada hari Jumaat 19 Jun 2009. Besar-besar jugak baby dia. Kelahiran baby rabbit ni semuanya berlaku secara tiba-tiba. Sbb aku tak tau pun yang rabbit aku tu bunting. Bangun je dari tido, aku tengok dah penuh bulu dia dalam sangkar. Maknanya rabbit aku dah cabut bulu untuk melahirkan. Persediaan tempat untuk rabbit aku melahirkan berlaku dalam keadaan yang agak drastik. Aku pakat ambik je kotak-kotak yang ada kat rumah dan carikkan paper serta daun pisang kering untuk dimasukkan dalam kotak tu. Bulu bulu yang dia cabut pun aku masukkan sekali dalam kotak tu. Selang beberapa minit lepas siapkan kotak tu, rabbit aku mula membuat sarang tempat untuk melahirkan. Aku biarkan je rabbit ku dengan kerja-kerjanya. Tak berapa lama lepas tu, aku cuba jenguk dalam kotak tu. Ada baby rabbit 3 ekor. Rasanya 2 ekor nak jadi rabbit putih dan 1 ekor lagi nak jadi rabbit hitam. Just wait and see je la. Aku tak sempat nak ambik gambar rabbit tu. Aku cuma ambik gambar baby rabbit tu masa umur mereka baru 5 hari. Esok hari Jumaat, genapla umur baby rabbit tu seminggu. Sepanjang pemerhatian aku, aku tengok semua baby rabbit tu sihat la. Bulat-bulat je perut diorang. Maknanya ibu rabbit tu sentiasa bagi susu la kat baby dia. Tapi aku tak pernah nampak lagi la waktu mana ibu tu bagi susu kat baby dia. Apa-apa pun, harap-harap baby rabbit ni semuanya dapat membesar dengan baik.

Catatan Oleh: Nawwar

Isnin, 22 Jun 2009

Sangkar



Setelah ada arnab mestilah ada sangkarnya. Tempat untuk mereka merehatkan diri dan berteduh.
Masa mula-mula buat keputusan nak bela arnab, sangkar pun dibuat sendiri. Sangkar simple je. Cukuplah untuk mereka berteduh, tido, makan dan minum. Sangkar ini suami saya yang buatkan Dia ambik rangka almari yang dah lama tak digunakan dan jadikan satu sangkar untuk arnab. Sangkar ini siap dibina setelah mengambil masa kira-kira seminggu. Tu la saya kata. Gerak kerja masa menyiapkan sangkar ini saya tak masukkan dalam blog sebab masa mula-mula nak bela arnab dulu, tak terlintas pun nak buat blog macam ni.Takpa la sekurang-kurangnya sekarang saya masukkan apa yang telah dirakamkan.

Catatan Oleh: Nawwar

Arnab Betina

Ini pula arnab- arnab betina yang dimiliki oleh saya. Arnab ni arnab Kampung je. Sekali pandang macam New Zealand White. Tapi bukan ini merupakan arnab Kampung. Arnab New Zealand White susah nak dapat dan selalunya diternak untuk diambil dagingnya. Sebab New Zealand White ni agak besar dan berat. Arnab kampung orang buat apa hah? Saya pun tak pasti. Kena baca lagi nampak gayanya. Tapi ada sesetengah orang, arnab kampung ni pun diternak untuk mengambil dagingnya. Saya ni ternak arnab sebagai hobi je.....

Catatan Oleh: Nawwar

Mengenali Arnab Arnab Ku




Ini spesis Anggora. Tapi bukan Anggora original la. Arnab ni dah mix. Maybe mix dengan spesis Lion Head. Masa mula-mula beli dulu tauke kedai tu bagitau kata sepasang. Bila tauke tu kata sepasang, i guess jantan dan betina la. Tunggu punya tunggu, sampaila usia mereka mencecah 4 bulan didapati kedua-dua jenis arnab ini jantan. Dari situlah timbulnya untuk memiliki arnab betina pula.

Catatan Oleh: Nawwar

Ahad, 21 Jun 2009

Selamat Datang Ke Artnab Comey Worldwide


First time buat blog tentang ternakan arnab. Actually memelihara arnab ini hanya sekadar hobi suka-suka buat teman time dok kat rumah saja-saja. Saya memiliki 4 ekor arnab. 2 ekor arnab Anggora dan 2 ekor arnab Kampung. Mula memelihara mereka sejak umur mereka 2 bulan. Dan sekarang mereka dah pun menjadi arnab dewasa. Saya tak dapat memasukkan gambar gambar mereka sejak mula di bela kerana time tu tak teringat pun untuk menyediakan satu blog macam ni. Arnab saya cukup aktif. Terutama bila saya bebaskan mereka dari kurungan. Selalunya saya bebaskan mereka dari kurungan pada waktu petang sebab waktu petang merupakan waktu untuk mereka beriadah. haaa..arnab pun kena beriadah jugak macam manusia. Tujuan mereka dibebaskan untuk beriadah adalah untuk memastikan kesihatan mereka terpelihara dan mereka tidak mengalami kemurungan. Selalunya bila saya bebaskan mereka dari kurungan, saya akan pastikan mereka menikmati alfafah hay. Alfafah hay ni bertujuan untuk memelihara proses penghadaman mereka. Alfafah hay ni merupakan rumput kering yang paling digemari oleh majoriti spesis arnab.

Catatan Oleh: Nawwar