Ahad, 21 Jun 2009

Selamat Datang Ke Artnab Comey Worldwide


First time buat blog tentang ternakan arnab. Actually memelihara arnab ini hanya sekadar hobi suka-suka buat teman time dok kat rumah saja-saja. Saya memiliki 4 ekor arnab. 2 ekor arnab Anggora dan 2 ekor arnab Kampung. Mula memelihara mereka sejak umur mereka 2 bulan. Dan sekarang mereka dah pun menjadi arnab dewasa. Saya tak dapat memasukkan gambar gambar mereka sejak mula di bela kerana time tu tak teringat pun untuk menyediakan satu blog macam ni. Arnab saya cukup aktif. Terutama bila saya bebaskan mereka dari kurungan. Selalunya saya bebaskan mereka dari kurungan pada waktu petang sebab waktu petang merupakan waktu untuk mereka beriadah. haaa..arnab pun kena beriadah jugak macam manusia. Tujuan mereka dibebaskan untuk beriadah adalah untuk memastikan kesihatan mereka terpelihara dan mereka tidak mengalami kemurungan. Selalunya bila saya bebaskan mereka dari kurungan, saya akan pastikan mereka menikmati alfafah hay. Alfafah hay ni bertujuan untuk memelihara proses penghadaman mereka. Alfafah hay ni merupakan rumput kering yang paling digemari oleh majoriti spesis arnab.

Catatan Oleh: Nawwar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan