Khamis, 25 Jun 2009

Baby Rabbit



Diam x diam, akhirnya arnab ku telah melahirkan 3 ekor baby pada hari Jumaat 19 Jun 2009. Besar-besar jugak baby dia. Kelahiran baby rabbit ni semuanya berlaku secara tiba-tiba. Sbb aku tak tau pun yang rabbit aku tu bunting. Bangun je dari tido, aku tengok dah penuh bulu dia dalam sangkar. Maknanya rabbit aku dah cabut bulu untuk melahirkan. Persediaan tempat untuk rabbit aku melahirkan berlaku dalam keadaan yang agak drastik. Aku pakat ambik je kotak-kotak yang ada kat rumah dan carikkan paper serta daun pisang kering untuk dimasukkan dalam kotak tu. Bulu bulu yang dia cabut pun aku masukkan sekali dalam kotak tu. Selang beberapa minit lepas siapkan kotak tu, rabbit aku mula membuat sarang tempat untuk melahirkan. Aku biarkan je rabbit ku dengan kerja-kerjanya. Tak berapa lama lepas tu, aku cuba jenguk dalam kotak tu. Ada baby rabbit 3 ekor. Rasanya 2 ekor nak jadi rabbit putih dan 1 ekor lagi nak jadi rabbit hitam. Just wait and see je la. Aku tak sempat nak ambik gambar rabbit tu. Aku cuma ambik gambar baby rabbit tu masa umur mereka baru 5 hari. Esok hari Jumaat, genapla umur baby rabbit tu seminggu. Sepanjang pemerhatian aku, aku tengok semua baby rabbit tu sihat la. Bulat-bulat je perut diorang. Maknanya ibu rabbit tu sentiasa bagi susu la kat baby dia. Tapi aku tak pernah nampak lagi la waktu mana ibu tu bagi susu kat baby dia. Apa-apa pun, harap-harap baby rabbit ni semuanya dapat membesar dengan baik.

Catatan Oleh: Nawwar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan