Selasa, 30 Jun 2009

Trip to Dusun

Haaa.....ari Jumaat 26hb yang lalu, aku n famili buat rombongan ke dusun @ Bukit Selambau. Dusun buah durian. Kan sekarang musim durian. So, trip ke dusun tu dibuat untuk makan durian yang fresh, yang baru luruh dari pokok. Isshh...sedap sungguh buahnya. Buah lain yang sempat kami makan is buah manggis. Pokok manggis ada 3 batang rasanya. Buah manggis pun sedap2. Tapi x berapa banyak lagi buahnya. Walaupun x banyak, kami kutip jugak kat pokok2 nya. Siap panjat lagi hehehe...jadi budak kampung dulu2. Buah manggis dapat la dalam 1 baldi. buah durian x terkata banyaknya. Makan punyala banyak, buat sementara ni aku kena stop makan durian. bukan apa, rasa nak termuntah pun ada. Muak dah. Terlampau banyak makan durian dalam minggu tu..Kat dusun tu, buah cempedak n langsat pun ada. tapi kami tak kutip pun buah tu. entahla maybe sbb terlampau excited nak makan durian, terlupa kat buah tu. Lagipun, buah cempedak dah banyak kat rumah aku. kat rumah aku la ni ari2 makan buah cempedak. rumah pun dah bau buah cempedak....hehehhe....

Catatan Oleh: Nawwar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan