Rabu, 11 November 2009

Lagi Arnab Mati

Frust sungguh. Petang kemarin ada sekor lagi arnab mati. Upin dah mati. Arnab yang matanya sakit tu. Baru dok merancang raya haji ni nak buat rendang arnab nak makan dengan ketupat. Nak sembelih 3 ekor arnab jantan yang ada termasuklah Upin. Nampaknya tak ada rezeki nak buat 3 ekor arnab. Kena buat 2 ekor je la. Berat jugak Upin tu. Adala dalam 1 kilo. Sayang sungguh. Tak tau la kenapa. Pagi kemarin masa bagi makan nampak ok dan sihat je. Petang kemarin mungkin dalam pukul 5 hingga 6 petang kot baru dia mati. Takkan sebab sejuk kot. Sebab petang kemarin hujan n angin memang kuat. Ntahla mungkin memang dah sampai masanya kot. Kalau balik dari keje awal sikit, mungkin boleh ambik sembelih. Ni balik je dari keje dah jadi bangkai. Mana boleh buat makan...Takpala tak ada rezeki la namanya tu.... Nanti nak sembelih 2 ekor je la untuk buat rendang....

Dicatat oleh: Nawwar

Sabtu, 7 November 2009

Arnab Cacat Mati

Macam dah dijangka, anak arnab yang cacat tu tak dapat hidup lama memandangkan keadaan fizikalnya yang mengalami kecederaan serius hasil dari kecuaian ibunya. Anak arnab tersebut ditemui mati pada pagi 5 November yang lalu. Kesian tengok arnab tu. Tapi, kira lama jugakla dia boleh hidup berbanding adik-beradiknya yang lain. Dalam plan aku n husband, kalau anak arnab tu boleh hidup, bila usianya dah pun mencecah 4 bulan atau 5 bulan ingat nak sembelih ja. Tak sanggup tengok kalau dia hidup dengan kecacatan fizikal yang di alaminya. Daripada menyiksa kehidupannya, lebih baik disembelih. Takla sedih kita yang melihatnya. Kalau nak tengok sejauh mana kecacatan yang dialaminya, tengokla dalam klip video yang aku sertakan dalam blog ni. Sesiapa yang sempat melihatnya, pasti sedih kan....kesian... Kini anak2 arnab yang tujuh ekor yang telah dilahirkan kira2 sebulan yang lalu, tinggal kenangan. Sekor pun tak dapat hidup. Nak buat macam mana, Allah sayangkan mereka lagi. Tapi sekurang-kurangnya daripada pengalaman yang lalu, dapat jugak diambil iktibar. Mungkin kami kena pertingkatkan lagi kotak beranak untuk keselesaan ibu dan anak arnab dan mungkin juga kami kena asingkan ibu dan anak sehingga usia anak2 arnab mencecah usia matang. Takpala kita belajar dari kesilapan....

Dicatat oleh: Nawwar

Ahad, 1 November 2009

Enot dan Lulu

Entahla apa nak jadi ngan Enot n Lulu ni. Dua-dua ekor arnab aku ni kena bunting palsu. Mula2 Enot cabut mula awal seminggu. Ingatkan Enot ni jenis cabut bulu seminggu sebelum beranak. Nampak gayanya dia kena bunting palsu. Dah dua kali Enot kena bunting palsu ni. Takpala nanti aku akan cuba matekan sekali lagi. Lulu pun cabut bulu tak silap 4 hari sebelum tarikh yang sepatutnya dia beranak. Tunggu punya tunggu, tak ada apa-apa hasil pun. Siap buh kotak lagi untuk dia beranak. Tapi tak beranak-beranak pun. Lulu ni dari pengalaman yang lalu, bila dia dah cabut bulu, memang tak lama lepas tu akan ada anak dalam kotak beranak. Ni tak ada pun. Lulu pun kena bunting palsu. Takpala, nanti kedua-dua arnab ni akan aku matekan sekali lagi... Harap nanti kalau dimatekan sekali lagi, ada la hasilnya. Apa yang penting, jangan putus asa la....hehhehe.....

Dicatat oleh: Nawwar