Isnin, 26 Oktober 2009

Berita Tak Best

Baru seminggu yang lepas update blog dengan perkembangan baby arnab. Tapi tak sangka la pulak berita yang tak best terpaksa di updatekan untuk hari ni. Petang 24/10, baby arnab yang putih tu telah memejamkan mata untuk selama-lamanya. Pagi ni, arnab hitam yang kecik tu pun nasibnya sama macam baby arnab putih tu, pejam mata untuk selama-lamanya. Huhuhu....sedih jugak tapi takla sesedih macam kucing aku mati dulu-dulu. Hmm...dari mula-mula baby arnab ni dilahirkan aku rasa macam hepi sangat. Terbayang je muka-muka baby arnab yang cute-cute. Tapi rasa hepi tu makin hilang hari demi hari sebab baby-baby tu mati sekor demi sekor hinggalah tinggal 3 ekor. Walaupun macam tu, aku tak putus asa menyimpan lagi harapan dengan 3 ekor baby ni. Tapi melihatkan perkembangan fizikal baby- baby arnab ni, menyebabkan timbul lagi kekecewaan. Bermula dengan baby arnab putih ni sampailah ke 2 ekor baby arnab hitam yang ada. Pada mulanya aku sangka, hanya baby arnab putih saja yang ada masalah. Rupa-rupanya ketiga-tiga ekor baby arnab ni mengalami masalah. Aku tak pasti kenapa dan mengapa. Tapi aku syak baby-baby arnab ni menjadi mangsa kepada ibu mereka sendri. Rasanya ibu mereka terpijak badan dan kaki mereka hingga menyebabkan mereka tak mampu membesar dan bergerak dengan sempurna. Sedih betul tengok baby-baby arnab ni.



Sekarang ni tinggallah sekor baby arnab hitam yang dah boleh merangkak minggu lepas. Minggu ni dah tak boleh merangkak dah. Baby arnab ni pun tak pasti berapa lama lagi dia boleh hidup. Baby arnab ni dah jadi cacat. Kaki belakang dia terkangkang dua-dua belah. Kaki depan pulak cuma sebelah je yang berfungsi. Lagi sebelah macam lembik ja. Pastu kepala pulak tersenget ja. Bila tengok baby arnab ni rasa sedih ja. Kesian sangat-sangat...huhuhu....
Selain dari baby-baby tu, si Upin anak kepada Lulu pun ada penyakit. Upin ni dah jadi buta. Dia sakit mata....Upin ni pulak, tak tau la nasib dia macam mana..Mungkin akan disembelih. Tapi, aku la tak sanggup....Biarla husband aku yang uruskan......


Dicatat oleh: Nawwar

1 ulasan:

  1. Memanglah ekin ni macam semacam je.. ari tu ade call dia tanye rabbit teddybear... tak jawap2 rupe-rupenye dia sekor rabbit pun takde kot... nak kena budak ni... kureng ajer betul...

    BalasPadam