Sabtu, 3 Oktober 2009

Enot Si Hitam

Kini aku ingin memperkenalkan arnab betina hitam yang dah lama aku simpan. Arnab ni dah lama aku beli dari seorang insan yang berada di Jitra. Actually dia jual sepasang. Tapi, aku nak yang betina ja. Dia iklankan dalam laman web www.mudah.my. Aku namakan arnab ni Enot. Aku beli Enot dalam bulan Julai yang lalu. Tapi aku tak updatekan dalam blog. Time tu rasa macam malas ja nak update blog. Sekarang barulah aku perkenalkan. Hehehe…terlambat sikit. Enot ni dah pernah di kawinkan. Tapi dia mengalami bunting palsu pada pertengahan bulan lepas. Tapi pada 28/09 yang lalu, aku kawinkan sekali lagi. Nak tengok pulak hasilnya lepas ni. Setakat ni so far so good. Tapi satu tabiat Enot yang paling aku geram, dia suka gigit kain yang aku gunakan untuk tutup sangkarnya. Geram betul. Dah banyak kali kain tu ditukar. Potong gigi dia baru padan muka..Enot ni dulu teramat garang. Sampai nak gantikan makanan dia pun asyik nak terkam je tangan aku. Sekarang dah slow sikit dah. Tak la garang macam masa mula-mula dia dimasukkan dalam rumah barunya.…Mungkin dia pun dah makin selesa dengan rumah barunya ini. So sekarang ni tumpuan diberikan sepenuhnya bagi memastikan Enot sihat dan dapat menghasilkan generasi baru….


Dicatat Oleh: Nawwar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan