Isnin, 21 Disember 2009

Nini beranak pulak...



Hari tu Si Nini ni dah beranak tujuh ekor tapi semua anaknya mati sekor sekor.... kali ni dia beranak empat ekor plak... mulanya aku plan nak asingkan anak ngan ibu mcm jebit buat tu.. tapi memandangkan skrang ni aku n wife teramatlah sibuk, takut tak sempat lak nak jaga anak2 ni, maka keputusannya, aku nak try buat eksperimen: beranak dan tinggal.... kalau dulu bila Nini ni beranak, aku selalu jenguk tgk perut anak2 dia bulat atau tak, kalau x, aku akan amik anak dia n bagi susu secara manual, natijahnya, anak dia mati sekor demi sekor.. mungkin dia x suka cara aku paksa dia bagi susu.... "Lu apahal beb? anak gua, gua tau la jaga." mungkin itu yg dibentaknya dlm hati, sapa tau, kan.. hehehe... kali ni aku nak guna kaedah tradisional yg dipanggil, 'ye mapuh gi ke mu...' biar dia jaga sendiri...


kali ni aku letak water dispenser rosak yg aku curi dari Miaw. Miaw ni pun beranak dah 2 minggu dlm water dispenser tu. skang anak2 dia dah bukak mata, boleh la aku pindah dlm kotak terbuka... act water dispenser tu dah rosak, so, aku punggah isi dlm dia utk bagi Miaw beranak....


skang ni bleh la guna utk arnab plak... hehehe... nak lepas bagi dia beranak dlm lubang tanah mcm si anip ni tak berani plak aku... takut ujan ka, ular ka, kucing ka, bewak ka.. tak ke naya.. huhuhu.... lepas ni tgk la mcm mana....

2 ulasan:

  1. Tahniah jugak dari saya :) Semuga semuanya membesar dengan baik..

    BalasPadam