Khamis, 31 Disember 2009
Apa la yg jadi...
Isnin, 21 Disember 2009
Nini beranak pulak...
Hari tu Si Nini ni dah beranak tujuh ekor tapi semua anaknya mati sekor sekor.... kali ni dia beranak empat ekor plak... mulanya aku plan nak asingkan anak ngan ibu mcm jebit buat tu.. tapi memandangkan skrang ni aku n wife teramatlah sibuk, takut tak sempat lak nak jaga anak2 ni, maka keputusannya, aku nak try buat eksperimen: beranak dan tinggal.... kalau dulu bila Nini ni beranak, aku selalu jenguk tgk perut anak2 dia bulat atau tak, kalau x, aku akan amik anak dia n bagi susu secara manual, natijahnya, anak dia mati sekor demi sekor.. mungkin dia x suka cara aku paksa dia bagi susu.... "Lu apahal beb? anak gua, gua tau la jaga." mungkin itu yg dibentaknya dlm hati, sapa tau, kan.. hehehe... kali ni aku nak guna kaedah tradisional yg dipanggil, 'ye mapuh gi ke mu...' biar dia jaga sendiri...
kali ni aku letak water dispenser rosak yg aku curi dari Miaw. Miaw ni pun beranak dah 2 minggu dlm water dispenser tu. skang anak2 dia dah bukak mata, boleh la aku pindah dlm kotak terbuka... act water dispenser tu dah rosak, so, aku punggah isi dlm dia utk bagi Miaw beranak....
skang ni bleh la guna utk arnab plak... hehehe... nak lepas bagi dia beranak dlm lubang tanah mcm si anip ni tak berani plak aku... takut ujan ka, ular ka, kucing ka, bewak ka.. tak ke naya.. huhuhu.... lepas ni tgk la mcm mana....
Selasa, 15 Disember 2009
Sedapnya Arnab...
Raya korban baru2 ni, 2 ekor arnab aku pun dikorbankan.. plan mula igt nak semelih sebelum raya, buat rendang cicah ketupat. tapi si tukang semelihnya pulak x da... susah rupanya nak cari tukang semelih ni, bukan semua org sanggup semelih arnab... terpaksa tunda lepas raya, thanks dehan2, tulong semelih, lapah, buang bulu sekali.. hahaha.. ha, 2 ekor ni la yg kena semelih tu..
Masa mula2 beli, igt sepasang, rupanya jantan kedua-dua.. hah, apa lagi, tunggu dia berisi sikit, kita kasi potong la... huehuehue... nasib baik jantan, boleh jugak merasa daging arnab...
punya excited nak makan, sampai lupa nak ambik gambar... dari semelih, buang bulu, siang, potong, buat gulai, semua satu habuk pun x ada gambar.. mmg lupa sungguh2... isk..isk...
Apapun, 2 ekor tu dah jadi gulai dgn betik dan rasanya.... huuuiiiii..... mmg sedap... sapa yg belum try tu, try la cecepat... huhuhu...
Rabu, 11 November 2009
Lagi Arnab Mati
Dicatat oleh: Nawwar
Sabtu, 7 November 2009
Arnab Cacat Mati
Dicatat oleh: Nawwar
Ahad, 1 November 2009
Enot dan Lulu
Dicatat oleh: Nawwar
Isnin, 26 Oktober 2009
Berita Tak Best
Sekarang ni tinggallah sekor baby arnab hitam yang dah boleh merangkak minggu lepas. Minggu ni dah tak boleh merangkak dah. Baby arnab ni pun tak pasti berapa lama lagi dia boleh hidup. Baby arnab ni dah jadi cacat. Kaki belakang dia terkangkang dua-dua belah. Kaki depan pulak cuma sebelah je yang berfungsi. Lagi sebelah macam lembik ja. Pastu kepala pulak tersenget ja. Bila tengok baby arnab ni rasa sedih ja. Kesian sangat-sangat...huhuhu....
Dicatat oleh: Nawwar
Jumaat, 23 Oktober 2009
Penipu...!!!
Hai dah terdesak sgt ke cik kak oii sampai nak lelong arnab org ni... kalau betul2 nak jual, ambik la gambar arnab sendiri... ke saja2 nak penuhkan server mudah.my tu sampai menyusahkan org lain yg betul2 nak meniaga.. Apapun perbuatan budak nakal yang menggelarkan dirinya ekin ini mmg keji.
Satu, dia menipu bakal pelanggan, kalau dia betul2 nak jual arnab, pastilah arnab yang ingin dijualnya bukan seperti dalam gambar, kalaupun x ada gambar arnab sebenar, apa salahnya sebut la "gambar sekadar hiasan". Ini tidak, siap ngaku lagi itu arnab dia...dah la tu, siap tulis arnab ini suka jelir lidah. Mcm la nkau dok tgk dia hari2.. apa punya turrr daaa...
Kedua, kalau tgk dari siri iklan dia, nampak sgt mcm x serius nak jual... mcm nak main2 je.. x baik la mcm tu... mmg la mudah.my tu free, tapi x bermakna nkau boleh letak iklan kosong, walhal barang xde. Kan ke nyusahkan org tu.. yg nak beli pun tertipu, yg betul2 nak jual brg pun susah, sbb memberatkan server. Dulu mudah.my boleh letak gambar sampai 5 keping, sekarang cuma 2 keping. Dulu boleh letak iklan yg sama utk negeri2 yang lain, sekarang dah x boleh.. sebab apa? sbb ruang semakin kecil, pengiklan semakin bertambah. Malangnya pengiklan yang tipu pun semakin byk. Salah sorang minah ni lah..
Paling x tahan avatar yang bini aku google dlm web mat saleh pun dia bleh ngaku itu arnab dia punya... sengal btol budak nieh.. kejap nama nora, kejap nama ekin, pusing kak long, pusing sampai penin...hehehe...

Dicatat Oleh: FooArt
Rabu, 21 Oktober 2009
Fikir dan Renung
DEBU-DEBU DOSA Ke arah mana halanya, Bagi insan yang terleka, Mengejar nikmat dunia, Bagaikan hidup selamanya, Tak peduli dosa noda, Seksa azab neraka, Hidup jauh dari rahmatnya, Terpedaya pada dunia, Pentas ciptaan manusia, Terlupa pada segala, Mengikut nafsu semata, Membiar syaitan beraja, Di hati dan juga jiwa, Mengejar dunia penuh debu dosa, Teguhkanlah iman dalam diri, Moga dikau akan merasai, Betapa indah nikmat Illahi, Dan yakin kau akan dirahmati, Harus kau percaya dengan pasti, Dunia tidak kekal abadi, Hanya menguji cekalnya hati, Sebagai khalifah yang sejati, Tak perlu kau meragui, Andai teguh keimanan mu, Pasti bahagia di akhirat yang abadi...
Dicatat oleh: Nawwar
Selasa, 20 Oktober 2009
Baby Yang dah 15 hari dan Enot
Dicatat oleh: Nawwar
Sabtu, 10 Oktober 2009
Anak Arnab Dijumpai Mati
PENDANG (9 Okt) - 4 ekor anak arnab milik Artnab Comey World Wide dijumpai meninggal dunia kelmarin. Kesemua yang mati adalah berwarna putih dan memiliki telinga berwarna hitam serta mata yang bercelak.
Menurut Pengurus Artnab Comey, Puan Nawwar Haryati, seekor dijumpai mati pada waktu sewaktu mereka sedang memberi makan kepada arnab2 tersebut. 2 ekor lagi ditemui dlm keadaan agak lemah dan didapati telah meninggal dunia pada waktu malam manakala seekor lagi dijumpai sedang nazak pada keesokan paginya dan mati menjelang tgh hari.
Punca kematian masih dalam siasatan tetapi dipercayai kurang mendapat perhatian ibunya ditambah lagi dengan keadaan cuaca yang sejuk akibat hujan terutama pada waktu malam dan awal pagi. Tambahan pula, anak yang mati tersebut bersaiz sgt kecil dan dpercayai anak bongsu.
Lembaga penyiasat juga tidak menolak kemungkinan mangsa mati akibat dipijak ibunya sendiri atau gagal semasa berebut utk minum susu dgn adik beradik mereka yang lain.
Kini anak yang baru dilahirkan tersebut tinggal lagi 3 ekor, (2 hitam dan satu putih). Pihak Artnab Comey berharap agar semua anak yang tinggal dapat meneruskan kehidupan serta menggesa ibunya lebih bertanggungjawab terhadap anak2 tersebut. (Tak BERNAMA)
Dicatat Oleh: FooArt
Selasa, 6 Oktober 2009
Akhirnya...



Ahad, 4 Oktober 2009
Projek Kawinkan Arnab
Disebabkan ingin membiakkan arnab-arnab ku. Aku dah pun buat 2 projek mengahwinkan arnab-arnab ku untuk dapatkan hasilnya. Harap-harap dari projek tu adala hasil yang di keluarkan. Pada 28/09 aku dah kawinkan Jackie iaitu arnab jantan angora putih dengan Enot. Nampak macam berjaya. Tapi belum tentu lagi. Masa mula-mula kawinkan diorang, Enot tak marah. Dia relax ja. Kali kedua iaitu pada 02/10, aku try kawinkan sekali lagi. Kali ni Enot cukup marah. Tak bagi ruang pun untuk Jackie. Agaknya pada 28/09 tu dah berlaku persenyawaan kot sebab tu Enot tak bagi ruang untuk dikawinkan pada 02/10 yang lalu. Takpala kita tengokla macam mana nanti. Projek kedua, iaitu pada 01/10, aku kawinkan arnab betina yang pernah melahirkan 3 ekor anak pada bulan Mei yang lepas dengan arnab jantan angora kelabu. Arnab betina tu aku namakan Lulu dan arnab jantan angora kelabu aku namakan Sunny. Setakat ni Lulu tak menunjukkan tanda macam bunting.pun. Dia tak garang macam kebanyakan arnab yang dah bunting. Lulu macam biasa ja. Tak taula dia bunting ke tak. Dari pengalaman yang lalu, Lulu memang tak garang. Masa dia bunting dulu pun tak marah-marah. Tiba-tiba ja tau kata dah cabut bulu n dah nak bersalin. Kelam- kabut aku dalam bulan Mei yang lalu. Tapi, satu pengalaman yang sangat indah. Takpala, nanti ingat nak try kawinkan sekali lagi. Nak tengok macam mana tindakan Lulu. Kalau betul-betul jadi kali ni, nanti hujung bulan Oktober dan awal bulan November aku bakal dapat baby arnab baru. Hehehe…harap-harap kedua-dua projek aku ni berjaya membuahkan hasilnya. Kalau betul jadi, nanti suami aku kena bertungkus-lumus pulak la buat sangkar baru bagi menampung arnab-arnab yang ada.
Dicatat oleh: Nawwar
Sabtu, 3 Oktober 2009
Enot Si Hitam
Kini aku ingin memperkenalkan arnab betina hitam yang dah lama aku simpan. Arnab ni dah lama aku beli dari seorang insan yang berada di Jitra. Actually dia jual sepasang. Tapi, aku nak yang betina ja. Dia iklankan dalam laman web www.mudah.my. Aku namakan arnab ni Enot. Aku beli Enot dalam bulan Julai yang lalu. Tapi aku tak updatekan dalam blog. Time tu rasa macam malas ja nak update blog. Sekarang barulah aku perkenalkan. Hehehe…terlambat sikit. Enot ni dah pernah di kawinkan. Tapi dia mengalami bunting palsu pada pertengahan bulan lepas. Tapi pada 28/09 yang lalu, aku kawinkan sekali lagi. Nak tengok pulak hasilnya lepas ni. Setakat ni so far so good. Tapi satu tabiat Enot yang paling aku geram, dia suka gigit kain yang aku gunakan untuk tutup sangkarnya. Geram betul. Dah banyak kali kain tu ditukar. Potong gigi dia baru padan muka..Enot ni dulu teramat garang. Sampai nak gantikan makanan dia pun asyik nak terkam je tangan aku. Sekarang dah slow sikit dah. Tak la garang macam masa mula-mula dia dimasukkan dalam rumah barunya.…Mungkin dia pun dah makin selesa dengan rumah barunya ini. So sekarang ni tumpuan diberikan sepenuhnya bagi memastikan Enot sihat dan dapat menghasilkan generasi baru….
Dicatat Oleh: Nawwar