Sabtu, 10 Oktober 2009

Anak Arnab Dijumpai Mati


PENDANG (9 Okt) - 4 ekor anak arnab milik Artnab Comey World Wide dijumpai meninggal dunia kelmarin. Kesemua yang mati adalah berwarna putih dan memiliki telinga berwarna hitam serta mata yang bercelak.

Menurut Pengurus Artnab Comey, Puan Nawwar Haryati, seekor dijumpai mati pada waktu sewaktu mereka sedang memberi makan kepada arnab2 tersebut. 2 ekor lagi ditemui dlm keadaan agak lemah dan didapati telah meninggal dunia pada waktu malam manakala seekor lagi dijumpai sedang nazak pada keesokan paginya dan mati menjelang tgh hari.

Punca kematian masih dalam siasatan tetapi dipercayai kurang mendapat perhatian ibunya ditambah lagi dengan keadaan cuaca yang sejuk akibat hujan terutama pada waktu malam dan awal pagi. Tambahan pula, anak yang mati tersebut bersaiz sgt kecil dan dpercayai anak bongsu.

Lembaga penyiasat juga tidak menolak kemungkinan mangsa mati akibat dipijak ibunya sendiri atau gagal semasa berebut utk minum susu dgn adik beradik mereka yang lain.

Kini anak yang baru dilahirkan tersebut tinggal lagi 3 ekor, (2 hitam dan satu putih). Pihak Artnab Comey berharap agar semua anak yang tinggal dapat meneruskan kehidupan serta menggesa ibunya lebih bertanggungjawab terhadap anak2 tersebut. (Tak BERNAMA)


Dicatat Oleh: FooArt

1 ulasan: